counter

Islamic Clock

jadual kuliah maghrib feb 2014

jadual kuliah maghrib feb 2014

KHIDMAT PENGURUSAN JENAZAH /BACAAN TAHLIL DOA SELAMAT SERTA YASSIN "SURAU AS SALAM TMN SEJAHTERA"

JIKA ANDA " ANAK KARIAH SURAU AS SALAM TAMAN SEJAHTERA " DAN ANDA MEMERLUKAN KHIDMAT PENGURUSAN JENAZAH ATAU KENDURI BACAAN DOA SELAMAT , TAHLIL SERTA YASSIN DI SEKITAR KAWASAN TAMAN SEJAHTERA ATAU DI SURAU ASSALAM.

SILA HUBUNGI;-

(PENGURUSAN JENAZAH)
UZTAZ ABU BAKAR : NO TEL : 0172422154 (LELAKI)
PUAN ZANU MOHD(KAKNAH)
0172422154(WANITA)


(PENGURUSAN TAHLIL SERTA DOA SELAMAT)
ENCIK MOHD RAIS (BILAL RAAYAT)
TUAN HJ SAMSUL BIN AWANG : 0193516358
SHUKRI SULAIMAN S/U :0193177004

PIHAK SURAU AS SALAM PADA SETIAP HARI KHAMIS MALAM JUMAAT SELEPAS SOLAT MAHRIB ADA MENGANJURKAN BACAAN TAHLIL , YASSIN DAN DOA SELAMAT,, SEHUBUNGAN ITU KEPADA AHLI JEMAAH , ANAK KARIAH DAN PENDUDUK SEKITAR YANG BERMINAT UNTUK BERSEDEKAH BERUPA WANG RINGGIT ATAU JUADAH MAKANAN BOLEHLAH MENGHANTAR KEPADA AJK SURAU AS SALAM ... ATAU MENGHUBUNGI NAMA NAMA SEPETI DIATAS

Monday, January 20, 2014

Tugas dan tanggungjawab Ahli Jawatankuasa masjid/surau jumaat/surau.

Salam semua.

Pada hematku.dan peringatan untuk semua AJK Masjid /Surau

Ahli Jawatankuasa Masjid/Surau adalah organisasi terakhir sebagai pemegang amanah .

Ahli Jawatankuasa Masjid atau Surau adalah pihak yang diberi amanah oleh Kerajaan dan juga anak Qariah untuk mentadbir dan menguruskan serta membuat perancangan bagi memajukan dan memakmurkan masjid/surau.Segala kemajuan atau kemunduran yang dialami oleh institusi ini mereka adalah di antara pihak yang terlibat dengan kata pujian dan penghinaan kerana AJK.Masjid/Surau adalah organisasi terakhir sebagai pemegang amanah dan pengurusnya selepas Jabatan Agama Islam Negeri ( kalau di Kuala Lumpur- JAWI ), di mana Jabatan Agama Islam Negeri adalah sebagai pentadbir pertama dan tertingginya.

Ahli Jawatankuasa Masjid/Surau adalah perancang kemajuan bagi institusi tersebut, mana-mana pihak yang ingin membuat aktiviti keagamaan , memberi sumbangan keuwangan dan tenaga sudah tentulah wajib melalui mereka ini, merekalah salurannya, sekiranya mana-mana individu atau organisasi yang mempunyai wang yang banyak atau tenaga yang berlebihan dan ingin memberi sumbangan kepada mana-mana masjid atau surau  tentulah tidak dapat mengelakkan diri dari melalui dan menggunakan saluran ini terlebih dahulu, kalau peraturan ini diabaikan berkemungkinan pengurusan Ahli Jawatankuasa yang sedia terancang akan menjadi celaru dan terganggu.

Bahkan pihak pengurusan tertinggi sekali pun mereka memaklumkan kepada AJK sekiranya pihak atasan ingin membuat atau melaksanakan apa-apa projek terhadap sesuatu masjid/surau.Cara ini adalah prosedur yang sudah menjadi amalan dan diamalkan di mana-mana di negara kita.Prosedur merupakan adab dan santun melakukan sesuatu aktiviti di dalam sesuatu institusi, sama ada institusi kerajaan mahupun bukan kerajaan.

Kalau mana-mana pihak masuk ke kawasan masjid /surau melakukan sesuatu aktiviti yang melibatkan aktiviti yang merupakan aktiviti di bawah tanggungjawab AJK.Masjid dan surau  seperti aktiviti dakwah contoh jemaah tablik tidur di masjid atau surau  , individu menggunakan kemudahan masjid atau surau untuk tujuan persendirian contoh parking kenderaan , menyambung bekalan letrik atau air , menanam pokok bunga atau bergotong-royong membersihkan masjid /surau  atau lain-lain aktiviti sekali pun tanpa meminta kebenaran atau persetujuan tentulah perjalanan aktiviti itu akan dilihat sebagai menceroboh atau tidak ikut prosedur atau melanggar adab ,walaupun aktiviti yang dilakukan itu sangat baik dan aktiviti kebajikan kerana Islam tidak menghalalkan cara.


Memanglah Allah menyuruh kita berlumba-lumba melakukan kebajikan tetapi bukan dengan cara yang menimbulkan sesuatu yang tidak baik di penghujungnya.Selain daripada mendapatkan keredaan Allah, kita juga dikehendaki mendapatkan keredaan sesama Islam.

Apabila amanah telah diberikan kepada AJK, maka anak Qariah sewajibnyalah menaruh kepercayaan kepada mereka selagi mereka tidak melanggar peraturan yang diamanahkan, sekiranya ternyata mereka melakukan penyelewengan barulah anak Qariah layak menggugurkan mereka.

Dalam pada itu AJK.Masjid/Surau hendaklah sentiasa beringat dan istiqamah menjalankan tugas mereka dengan baik dan betul-betul ingin memakmurkan masjid/surau. Pertimbangan mereka juga perlulah adil, disamping memahami situasi masyarakat semasa yang semakin kompleks dan mencabar.

Mereka juga hendaklah sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan khasnya mengenai syariat Islam supaya mereka sentiasa dilihat oleh anak qariah sebagai orang yang mempunyai kelayakan dan sesuai mentadbir institusi ibadat seperti masjid dan surau.

Mereka juga hendaklah sentiasa menunjukkan contoh dan teladan yang baik, iaitu sekurang-kurang dilihat baik sebagai seorang mukmin di kalangan masyarakat setempat.
Sebaiknya AJK Masjid /Surau adalah dilantik dikalangan orang yang sentiasa mengimarahkan Masid/Surau , berakhlak mulia , berkhimah tinggi , lemah lembut , tidak bersikap kasar, panas baran , mulut celupar dan jahat , tidak mementingkan diri sendiri , serta boleh bertolak ansur.
 
Pegurusan Tertinggi seperti Pengerusi serta Timbalan nya perlulah membuang sifat ego ,keakuan , akuboss, dan menggunakan kuasamutlak  sewenangnya .
pendapat AJK yang lain juga perlu di ambil kira.Jika ada sebarang permasaalahan  dalam  hal pengurusan perlulah  dikongsi bersama AJK yang lain ,bawa berbincang dalam mesyuarat.Sebarang keputusan perlulah mendapat keputusan ramai dan dipatuhi..bukan didalam mesyuarat lain tindakkan yang diambil lain.
Sikap ramah mesra serta berkemah tinggi semua AJK kepada Anak Qariah serta jemaah yang hadir ke Masjid/Surau akan menambahkan lagi kemesraan dan rasa hormat dikalangan masyarakat dan ia akan dapat  menarik lebih ramai lagi Jemaah untuk datang memakmurkan  Masjid/Surau.
Insha Allah,

Sekian...Wallahu aklam.

No comments:

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum.

Kepada majlis tertinggi Surau As Salam, Taman Sejahtera, Jalan Santan, Segambut. Dimintak pihak AJK untuk berkerjasama untuk mematikan speker menara selepas Azan dan Sembahyang. Bunyi bising ceramah mengganggu jiran2 untuk amalan seharian di rumah. Harap maklum.
Sekuan terima kasih.

Unknown said...

Moment bodoh..