Abu Sa’id al-Khudri ra berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa
antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan
tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan
lidahnya dan kalau itupun dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya
dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah iman yang selemah-lemahnya.”
(Dipetik dari kitab at-Targhib, riwayat Muslim, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah.
Huraian :
hadith
diatas menunjukkan betapa pentingnya dakwah kepada masyarakat yang
saban hari alpa dengan kesenangan hidup duniawi. yang mana kita sedia
maklum berdakwah dan Uslub atau cara ia dilakukan, perkara ini harus
dilihat sebagai satu skop yang luas, sama ada dalam linkungan ibadah
kita kepada allah dan sesama manusia.
Kita
biasanya melihat ramai dikalangan kita menitik beratkan hal yang
berkaitan ibadah solat, mengerjakan haji dan umrah, dan bersedqah.
tetapi persoalannya,adakah ibadah ini cukup bagi kita sebagai menjadi
insan yang sempurna?.
Saban hari banyak sekali kita lihat isu
diakhbar mengenai rasuah, rogol, bunuh, dan pelbagai lagi isu-isu yang
hangat diperkatakan. Tetapi malangnya usaha-usaha untuk membenteras
hal-hal berkaitan jenayah ini hanya dilakukan pada peringkat pensabitan
sesuatu hukuman kepada si penjenayah sahaja.
Sebagai seorang
muslim, mukmin dan umat nabi saw, kita seharusnya mengetahui
tanggungjawap yang sangat besar yaitu dakwah, mengajak manusia kepada
kebaikan dan mencegah pada yang munkar. Munkar ini sangat-sangat perlu
dijelaskan, kerana orang yang selalu kita lihat seorang yang sembahyang,
yang bersedqah, berpuasa, dan yang banyak mengerjakan umrah dan haji,
tetapi mereka ini seorang yang banyak sekali mengamalkan rasuah,
berzina, menyakiti sesama insan yang lain, kerana sangkaan mereka ini,
tidak apa kita berbuat demikian tetapi lepas ini kita boleh bertaubat.
Kenapa
budaya-budaya kerosakan ummah ini berleluasa? jawapanya mereka lupa
untuk berdakwah, kerana dengan usaha dakwah inilah yang akan membawa
kepada kefahaman islam itu sebenar. Kefahaman islam ini tidak akan
datang dengan sembahyang, bersedqah, berumrah sahaja tetapi ianya datang
melalui Ilmu ,Amal dan Dakwah.
Serulah rakan-rakan mu kepada
kebaikan, tegurkanlah mereka ini sekira mereka ini melalukan kesilapan,
dan janganlah kita hanya beriktikaf di masjid, atau sibuk dengan amalan
zikir harian kita hingga lupa rakan-rakan yang lain dalam kegelapan.
Janganlah kita mementingkan diri dengan menyangka solat, zikir, sedqah
kita sahaja yang akan dapat menyelamatkan kita dari azab Allah, padahal
syuga dan neraka hanyalah rezki pemberian Allah. Ambillah contoh nabi
dan para sahabah nabi saw sebagai jalan hidup kita, kerana usaha dakwah
merekalah kita ini dapat menghidu agama Allah.
article penulisan(Hafidz Omar)
SURAU JUMAAT AS SALAM TMN SEJAHTERA SEGAMBUT KL...sebenarnya SURAU AS SALAM ini telah ujud semenjak tahun 1992 lagi. ia nya telah dirasmikan pada tahun 1994 oleh menteri dipejabat perdana menteri ketika itu...pada 1/9/2013 Surau As Salam telah dijadikan surau untuk mengerjakan sembahyang jumaat sebagai menggantikan Masjid Al Firdaus yang kini dalam pembinaan untuk bangunan modern yang canggih ...
Islamic Clock
jadual kuliah maghrib feb 2014
KHIDMAT PENGURUSAN JENAZAH /BACAAN TAHLIL DOA SELAMAT SERTA YASSIN "SURAU AS SALAM TMN SEJAHTERA"
JIKA ANDA " ANAK KARIAH SURAU AS SALAM TAMAN SEJAHTERA " DAN ANDA MEMERLUKAN KHIDMAT PENGURUSAN JENAZAH ATAU KENDURI BACAAN DOA SELAMAT , TAHLIL SERTA YASSIN DI SEKITAR KAWASAN TAMAN SEJAHTERA ATAU DI SURAU ASSALAM.
SILA HUBUNGI;-
(PENGURUSAN JENAZAH)
UZTAZ ABU BAKAR : NO TEL : 0172422154 (LELAKI)
PUAN ZANU MOHD(KAKNAH)
0172422154(WANITA)
(PENGURUSAN TAHLIL SERTA DOA SELAMAT)
ENCIK MOHD RAIS (BILAL RAAYAT)
TUAN HJ SAMSUL BIN AWANG : 0193516358
SHUKRI SULAIMAN S/U :0193177004
PIHAK SURAU AS SALAM PADA SETIAP HARI KHAMIS MALAM JUMAAT SELEPAS SOLAT MAHRIB ADA MENGANJURKAN BACAAN TAHLIL , YASSIN DAN DOA SELAMAT,, SEHUBUNGAN ITU KEPADA AHLI JEMAAH , ANAK KARIAH DAN PENDUDUK SEKITAR YANG BERMINAT UNTUK BERSEDEKAH BERUPA WANG RINGGIT ATAU JUADAH MAKANAN BOLEHLAH MENGHANTAR KEPADA AJK SURAU AS SALAM ... ATAU MENGHUBUNGI NAMA NAMA SEPETI DIATAS
SILA HUBUNGI;-
(PENGURUSAN JENAZAH)
UZTAZ ABU BAKAR : NO TEL : 0172422154 (LELAKI)
PUAN ZANU MOHD(KAKNAH)
0172422154(WANITA)
(PENGURUSAN TAHLIL SERTA DOA SELAMAT)
ENCIK MOHD RAIS (BILAL RAAYAT)
TUAN HJ SAMSUL BIN AWANG : 0193516358
SHUKRI SULAIMAN S/U :0193177004
PIHAK SURAU AS SALAM PADA SETIAP HARI KHAMIS MALAM JUMAAT SELEPAS SOLAT MAHRIB ADA MENGANJURKAN BACAAN TAHLIL , YASSIN DAN DOA SELAMAT,, SEHUBUNGAN ITU KEPADA AHLI JEMAAH , ANAK KARIAH DAN PENDUDUK SEKITAR YANG BERMINAT UNTUK BERSEDEKAH BERUPA WANG RINGGIT ATAU JUADAH MAKANAN BOLEHLAH MENGHANTAR KEPADA AJK SURAU AS SALAM ... ATAU MENGHUBUNGI NAMA NAMA SEPETI DIATAS
No comments:
Post a Comment